top of page

KENALI KAMI

Kami menawarkan peluang kelas hafazan Al-Quran hujung minggu
Home Quran serta salah satu cabang perkidmatan kami iaitu Program Huffaz Cilik harian.

Aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan
Antara aktiviti-aktiviti menarik semasa Program Cuti Sekolah

Amalan Budaya Melayu Tinggi dalam perbualan seharian supaya melahirkan generasi masyarakat yang penuh santun, tinggi akhlaknya dan tinggi adabnya. “Bahasa Jiwa Bangsa”.

​

  • Taat Kepada Ibu Bapa.

  • Berbual-bual.

  • Baik kepada jiran.

  • Kasih kepada alam sekitar.

  • Suka belajar.

  • Menjaga harta.

  • Suka berkongsi ilmu dan maklumat.

  • Menjaga ketenteraman awam.

  • Tanggungjawab membantu ibu bapa.

  • Taat kepada guru.

  • Kasih kepada orang miskin.

  • Kasih kepada sahabat.

  • Tanggungjawab membantu ibu bapa.

  • Suka tolong menolong.

  • Hormat kepada sesiapa yang lebih tua usianya.

  • Timbang rasa kepada yang tua, yang cacat, yang lemah, yang hamil.

Budaya Melayu Tinggi
Teknik Nabi
  • Teknik Nabi merupakan hasil kajian oleh Tim Psikologi Hadith yang dipimpin oleh Puan Ainon Mohd, Chairman PTS.

  • Teknik Nabi digunakan di keseluruhan persekitaran pembelajaran dan pengurusan supaya masing-masing terdorong membuat perkara yang baik-baik sahaja.

  • Ia adalah hasil kajian Tim Hadith Psikologi dalam mendorong pelajar secara khususnya dan manusia umumnya dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith-hadith sahih.

  • Guru-guru dan ibu bapa adalah sumber dorongan utama kepada anak-anak. Mereka akan dilatih sebagai pengamal Teknik Nabi bagi mewujudkan persekitaran yang saling dorong-mendorong.

  • Sikap anak-anak tidak dikritik, diri mereka juga tidak dikritik. Guru tiada beban emosi, anak-anak semakin suka belajar. Ibu bapa bahagia apabila melihat anak mereka suka belajar.

Modul Khabar Gembira

Apakah modul khabar gembira?
Modul ini digunakan untuk membentuk akhlak anak-anak kita melalui:

  1. Ilmu akidah yang dapat diserap ke dalam jiwa anak-anak

  2. Ilmu akhlak yang diajar melalui tunjuk cara yang betul

Modul ini memjelaskan 4 teknik yang digunakan iaitu:

  1. Sampaikan Khabar Gembira

  2. Tunjukkan Contoh Yang Baik

  3. Mendorong perubahan tingkah laku

  4. Membina dan memuji perubahan tingkah laku tersebut

© 2023 BY AKADEMI AL QURAN ABS. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

aqabsshahalam@gmail.com: No. 11 Jalan Manggis 4/7H, Seksyen 4, 40000 Shah Alam Selangor

  • Facebook Basic Black
  • Twitter Basic Black
  • Black Instagram Icon
bottom of page